We have 16 guests and no members online

 

 

Pada 29 Mac lalu, seramai 164 orang staf menerima anugerah pada Majlis Anugerah Seri Gemilang (ASG) anjuran Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) 2017 sebagai pengiktirafan dan penghargaan kecemerlangan yang diadakan di Hotel Seri Malaysia, Kangar. Manakala empat orang staf daripada Pusat Pengajian Pembangunan Insan dan Teknokomunikasi (iKOM) turut menerima anugerah bagi tiga jenis kategori berbeza.

Penerima-penerima tersebut adalah Wan Nor Ashiqin Wan Ali, Nur Salimah Alias, Jamsari Jamaluddin, dan Azieda Azizan.  Naib Canselor UniMAP Dato’ Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal berkata dengan pengiktirafan seperti itu, beliau percaya staf menjadi lebih teruja membuktikan kecekapan dan kebolehan masing-masing.

Turut berkenan berangkat hadir menyerikan majlis gilang gemilang universiti ialah Canselor UniMAP, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Pro Canselor UniMAP, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hadir sama Datuk Dr Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis wakil Menteri Besar Perlis dan Tuan Jafperi Othman Ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU).

Turut diadakan majlis sambutan Hari Keputeraan Pro Canselor UniMAP ke 48 tahun.

 

Go to top