We have 40 guests and no members online

 

 

 

 

Pada 10 April lalu, Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menganjurkan ‘Asian Youth Indie Film Festival 2018’ (AYIFF’18) yang diadakan di Dewan Muadzam Shah, UUM.  AYIFF’18 diadakan bagi mengiktiraf dan memberi ganjaran kerja selain menggalakkan pelajar dan pembuat filem indie muda terus menghasilkan karya kreatif yang berkualiti tinggi melalui festival filem dan animasi.

Seramai 71 orang peserta disenarai pendek bagi tujuh kategori  dan beberapa anugerah khas daripada hampir 1000 penyertaan seluruh ASEAN . Salah seorang siswi Pusat Pengajian Pembangunan Insan dan Teknokomunikasi (iKOM), Aida Filzah Ramli telah mengungguli anugerah bagi kategori ‘Best Public Service Announcement’ (PSA) mengalahkan sembilan orang calon lain bagi kategori tersebut.

Pro-Canselor UUM, Yang Teramat Mulia Tan Sri Tunku Puteri Intan Shafinaz Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berkenan menyampaikan anugerah kepada pemenang kategori Pelakon dan Pengarah bagi Ikon Generasi Muda Terbaik. Turut hadir pada malam gala tersebut adalah Pro-canselor UUM, Yang Berbahagia Dato’ Seri Amar DiRaja Tan Sri Haji Osman Haji Aroff dan Yang Berhormat Dato’ Haji Ahmad Zaini Japar.

Penonton turut dihiburkan oleh persembahan artis-artis terkemuka tanah air seperti Jaclyn Victor, Dato’ Ramli Sarip, Akma, Zahid, Dato’ AC Mizal, Datuk Eizlan Yusof, Pekin Ibrahim dan ramai lagi.

Go to top