We have 22 guests and no members online

 

 

 

 

Pada 14-15 April lalu, seramai 35 orang siswa/i Pusat Pengajian Pembangunan Insan dan Teknokomunikasi (iKOM) telah dijemput oleh Astro ke Program Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) Peringkat Zon Utara bertempat di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar. Jemputan selama dua hari tersebut bertujuan memberikan pendedahan secara amali mengenai dunia penyiaran kepada para siswa/i.

Rombongan yang diketuai oleh YM Tengku Kastriafuddin Shah Tengku Yaakob, Pensyarah iKOM disertai oleh siswa/i tahun satu dan dua iKOM. Siswa/i diberikan peluang melihat proses-proses penyiaran dan teknikal serta belakang tabir. Mereka turut diajarkan kemahiran mengendalikan peralatan teknikal untuk visual, audio dan pencahayaan oleh pihak produksi Astro.  

Go to top