We have 9 guests and no members online

 Disediakan oleh : Nordalila binti Nazri

18 SEPTEMBER 2017 – Satukanlah hati kita menjadi tunjang semangat bagi warga iKOM dimana jalinan ukhuwah yang dibentuk dalam program Rally Night tercapai objektifnya. Sesungguhnya Islam sangat menekankan persaudaraan dan persatuan Rally Night yang berlangsung selama dua hari ini memberi impak besar kepada pelajar terutamanya pelajar tahun 1.  Rally Night ini melibatkan kesemua pelajar iKOM dari tahun 1, 2, dan 3 serta penglibatan bersama warga iKOM.

Pada hari pertama Rally Night, pelajar didedahkan dengan aktiviti “ice breaking” dimana pecahan kumpulan tidak mengikut tahun pengajian. Jadi, setiap kumpulan mempunyai pelajar dari ketiga-tiga tahun. Walaupun ahli kumpulan tidak saling mengenali, kerjasama dan kemesraan yang ditunjukkan oleh mereka dapat dilihat semasa pelaksanaan tugasan berkumpulan. Perasmian majlis penutupan Rally Night oleh dekan iKOM iaitu Assoc. Prof Dr. Huzili Hussin dan dimeriahkan lagi dengan persembahan daripada para pelajar iKOM.

Sesi bergambar bersama dalam aktiviti “Find Me”

Perbukaan majlis diserikan dengan persembahan Seni Silat Gayong

Sesi fotografi warga iKOM menjadi simbolik penutupan majlis Rally Night

 

 

Go to top