We have 3 guests and no members online

Pada 12 Februari lalu, iKOM telah menerima lawatan kerja dari Politeknik Besut, Terengganu. Lawatan kerja sehari tersebut antaranya bertujuan sebagai penanda aras dalam usaha politeknik tersebut mempertingkatkan operasi pengurusan dalam bidang teknologi maklumat di samping menjalinkan hubungan dengan iKOM.

Lawatan yang diketuai sendiri oleh En. Mukhtar Bakar, Pengarah Politeknik Besut, turut disertai oleh tiga pegawai politeknik tersebut. Program lawatan dimulakan dengan taklimat penubuhan Pusat Pengajian Pembangunan Insan dan Teknokomunikasi (iKOM) dan penawaran program Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media Baharu (RA72) oleh Dr. Mohammad Rezal Hamzah, Timbalan Dekan Akademik dan Penyelidikan. Ahli rombongan turut dibawa melawat ke makmal multimedia, studio audio digital dan studio kamera berbilang dan skrin hijau (MCP studio) bagi memberikan gambaran yang lebih jelas tentang program pengajian yang ditawarkan oleh iKOM.

Politeknik yang baru ditubuhkan pada 22 Mac 2017 tersebut merupakan politeknik termuda di Terengganu yang mengetengahkan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET). TVET diyakini mampu mengurangkan kebergantungan negara terhadap tenaga kerja asing.

 

 

Go to top