We have 24 guests and no members online

 

 

 

 

Pada 5 April lalu, Pusat Pengajian Pembangunan Insan dan Teknokomunikasi (iKOM) telah menerima lawatan daripada 32 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Sheikh Ahmad. Lawatan sehari tersebut antaranya bertujuan memberikan penerangan dan pendedahan kepada pelajar mengenai media dan teknologi multimedia.

Lawatan yang diketuai oleh En. Shahrim Saad, Pengetua SMK Dato’ Sheikh Ahmad, turut disertai oleh seorang lagi guru pengiring. Para pelajar diberikan penerangan oleh para pensyarah iKOM iaitu En. Ameer Fuhaili Mohamad Hashim, YM Tengku Kastriafuddin Shah Tengku Yaakob dan En. Maskor Bajuri.

Pelajar turut dibawa melawat ke makmal multimedia, studio audio digital dan studio kamera berbilang dan skrin hijau (MCP studio) bagi memberikan gambaran yang lebih jelas tentang program pengajian yang ditawarkan oleh iKOM dan diberikan peluang mengendalikan peralatan-peralatan di makmal dan studio. Selesai lawatan di iKOM, pelajar diberikan kesempatan melawat konti UniMAP FM yang terletak di perpustakaan UniMAP Pauh Putra.

 

Go to top