Kejohanan Silat Kebangsaan
by Mohd Faiz
Pada tanggal 26 hingga 30 Mac 2019 telah berlangsung satu acara Kejohanan Silat Olahraga kali ke 19 yang dianjurkan oleh Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia. Acara yang dipertandingkan ialah silat olahraga seni dan silat olahraga tanding. Kejohanan ini telah diadakan di Kompleks SUKPA di Kuantan, Pahang.
Universiti Malaysia Perlis (Unimap) telah menghantar 5 orang wakil bagi kedua-dua kategori yang dipertandingkan. Kelima-lima wakil berjaya membawa pulang 2 pingat perak dan 3 pingat gangsa. Bagi acara tanding putera, wakil dari unimap berjaya membawa pulang 2 pingat gangsa dan 1 pingat perak melalui tanding kelas F, kelas E dan kelas bebas. Manakala bagi acara tanding puteri wakil dari unimap berjaya membawa pulang satu pingat perak dalam kelas E. Bagi acara silat olahraga seni, kumpulan regu putera telah berjaya membawa pulang pingat gangsa. Salah seorang peserta kumpulan regu ialah pelajar daripada pusat pengajian Komunikasi Media Baharu (NEMEC) iaitu Aelif Bukhairi bin Zulkafli
Tahniah diucapkan buat wakil dari Unimap yang telah berjaya membawa pulang pingat serta mengharumkan nama University Malaysia Perlis di persada Malaysia