We have 14 guests and no members online

IKON SISWI MENJADI MILIK iKOM

Oleh : Najihah Azhar

 

Pada 29 dan 30 September 2018 yang lalu, telah berlangsungnya Program Hari Siswi peringkat Universiti Malaysia Perlis di Kompleks Dewan Kuliah Pauh Putra. Dua acara telah dipertandingkan pada Hari Siswi tersebut iaitu Pencarian Ikon Siswi UniMAP dan Pertandingan Debat. Pencarian Ikon Siwi telah dimenangi oleh Nurlindar binti Jalalus Shuti  dari pelajar tahun akhir iKOM. Beliau telah menyampaikan sebuah pengucapan awam mengenai “Wanita dan Hak” iaitu berkenaan dengan hak wanita ketika terkena serangan seksual. Selain itu, seramai 18 orang pelajar perempuan dari pelbagai fakulti yang memasuki acara tersebut. Pencapaian beliau ini telah mengharumkan nama fakulti iKOM sekaligus memberi inspirasi kepada pelajar-pelajar lain untuk mencuba  pertandingan lain pada masa akan datang. Di samping itu, pertandingan Debat turut diwakilkan oleh Raudzahtul Firdaus Purkhan dari pelajar tahun dua iKOM. Antara impak program yang diadakan ini dapat mencungkil bakat serta memberi pendedahan kepada pelajar mengenai hak memartabatkan golongan wanita di negara ini. Hal ini sekaligus memberi motivasi kepada setiap pelajar untuk sentiasa berjuang mengenai hak utama mereka di dunia luar. 

Go to top