We have 3 guests and no members online

En. Ameer Fuhaili Mohamad Hashim, Pensyarah dan selaku wakil iKOM menerangkan mengenai Revolusi Industri 4.0 kepada pelajar SMK Tengku Budriah

 

Puan Nur Azila Azahari, Pensyarah iKOM bertanyakan soalan dan memberikan hadiah kepada pelajar

 

En. Ameer Fuhaili Mohamad Hashim, Pensyarah dan selaku wakil iKOM menyampaikan penerangan kepada pelajar SMKA ArauPada 28 Februari lalu, berlangsungnya sebuah program Titian Kasih Mega 2018 peringkat sekolah-sekolah menengah Parlimen Arau. Pusat Pengajian Pembangunan Insan dan Teknokomunikasi (iKOM) UniMap menjadi salah sebuah agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan bagi menyampaikan maklumat mengenai Revolusi Industri 4.0.

En. Ameer Fuhaili Mohamad Hashim, pensyarah dan selaku wakil iKOM menerangkan kepada para pelajar mengenai sejarah, pengenalan, ciri-ciri dan impak Revolusi Industri 4.0 terhadap masyarakat. Program anjuran Yayasan Tuanku Syed Putra dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perlis tersebut melibatkan beberapa buah agensi kerajaan antaranya Pejabat DYMM Tuanku Raja Perlis, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan beberapa buah agensi kerajaan lain. 

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat mencemar duli bagi merasmikan program tersebut di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Arau. Sebanyak 12 buah sekolah menengah sekitar Parlimen Arau yang terlibat.

 

Disediakan oleh Nadia Farhani Mohd Yusof

Go to top