We have 15 guests and no members online

   

 

iKOM MENYERLAHKAN BAKAT (FESTKAPP)

oleh: Najihah Azhar

 

Pada 4-7 Oktober 2018 yang lalu, Universiti Malaysia Perlis telah mengadakan sebuah Festival Kebudayaan Antara Pusat Pengajian ( FESTKAPP) yang bertempat di Kompleks Dewan Kuliah Pauh Putra. Sebanyak 11 pusat pengajian telah mengambil acara dalam festival berkenaan. Pusat Pengajian Pembangunan Insan dan Teknokomunikasi (iKOM) tidak melepaskan peluang untuk menghantar wakil pelajar iKOM sendiri ke semua pertandingan tersebut. Antara pertandingan yang dipertandingkan ialah battle antara band, tarian zapin, nyanyian lagu patriotik serta lagu irama Malaysia dan sayembara puisi.

Tiga wakil dari pelajar tahun satu iKOM iaitu Bhavatharene E.Mahendran, Gan Jia Chia dan Nur Rafiqah telah memenangi tempat pertama dalam Sayembara Puisi dan membawa pulang hadiah sebanyak RM200. Hal ini sekaligus dapat mengasah bakat dan memberi pengalaman berharga kepada pelajar berkenaan melalui pertandingan ini. Pengacara bagi program FESTKAPP ini turut disertai oleh pelajar-pelajar iKOM iaitu Raudzahtul Firdaus Purkhan dan Muhd Izzat Muzaqeer. Selain itu, Pusat Pengajian Inovasi dan Teknousahawanan juga telah menjadi juara keseluruhan bagi festival tersebut. Diharapkan impak dari program ini dapat memberi pendedahan kepada setiap pelajar untuk terus menyerlahkan bakat mereka dalam apa jua bidang selain akademik.

Go to top