We have 11 guests and no members online

Pada 28 hingga 30 Oktober 2017 lepas telah berlansungnya Istiadat Konvokesyen ke 12 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Istiadat berlansung di Dewan Ilmu, Kampus UniMAP, Pauh Putra, Perlis. 

Konvokesyen kali ini menjadi sejarah buat Pusat Pengajian Pembangunan Insan dan Teknokomunikasi (iKOM), kerana menerima graduan sulung pada tahun ini. Seramai 136 graduan sulung telah menerima Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media Baharu (Kepujian) daripada Canselor UniMAP, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamallulail. 

Tahniah buat semua graduan!

 

Go to top