We have 14 guests and no members online

14 September 2017, Majlis Pelancaran Makmal Pusat Pengajian Pembangunan Insan dan Teknokomunikasi & Perasmian UniMAP TV telah berjalan dengan baik sekali. Majlis telah disempurnakan oleh Datuk Seri Idris Jusoh. 

Menurut Naib Canselor UniMAP, beliau percaya dengan adanya studio dan makmal iKOM ini akan memberikan pendedahan kepada pelajar untuk berkarya secara terus. Terdapat tiga studio dan satu makmal iaitu studio audio digital, studio berbilang kamera, studio fotografi dan makmal multimedia.

Selain makmal dan studio, UniMAP TV pula merupakan satu wahana baharu bidang penyiaran bagi melengkapi operasi penyiaran radio UniMAP FM yang ditubuhkan pada tahun 2012 yang lalu antara lainnya akan berperanan sebagai platform latihan awal pelajar untuk menguruskan bidang penyiaran.

 

Go to top