Temp files

We have 15 guests and no members online

NEWS ARCHIVE

 Disediakan oleh : Nordalila binti Nazri

18 SEPTEMBER 2017 – Satukanlah hati kita menjadi tunjang semangat bagi warga iKOM dimana jalinan ukhuwah yang dibentuk dalam program Rally Night tercapai objektifnya. Sesungguhnya Islam sangat menekankan persaudaraan dan persatuan Rally Night yang berlangsung selama dua hari ini memberi impak besar kepada pelajar terutamanya pelajar tahun 1.  Rally Night ini melibatkan kesemua pelajar iKOM dari tahun 1, 2, dan 3 serta penglibatan bersama warga iKOM.

Pada hari pertama Rally Night, pelajar didedahkan dengan aktiviti “ice breaking” dimana pecahan kumpulan tidak mengikut tahun pengajian. Jadi, setiap kumpulan mempunyai pelajar dari ketiga-tiga tahun. Walaupun ahli kumpulan tidak saling mengenali, kerjasama dan kemesraan yang ditunjukkan oleh mereka dapat dilihat semasa pelaksanaan tugasan berkumpulan. Perasmian majlis penutupan Rally Night oleh dekan iKOM iaitu Assoc. Prof Dr. Huzili Hussin dan dimeriahkan lagi dengan persembahan daripada para pelajar iKOM.

Sesi bergambar bersama dalam aktiviti “Find Me”

Perbukaan majlis diserikan dengan persembahan Seni Silat Gayong

Sesi fotografi warga iKOM menjadi simbolik penutupan majlis Rally Night

 

 

Disediakan oleh : Ahmad Faiz Hakimi Bin Yusoff

14 OGOS 2017: Tiga orang pelajar IKOM dari Universiti Malaysia Perlis iaitu Ahmad Faiz Hakimi Bin Yusoff, Siti NorHamizah Binti Husin dan Siti Nur Amirah Binti Syed Abdul Malik yang sedang menjalani Latihan Industri di Jabatan Penyiaran Negeri Kelantan (RTM Kelantan) bersama dua lagi pelajar dari universiti lain telah menerima Anugerah Pelatih Cemerlang. Anugerah ini telah disampaikan sendiri oleh Pengarah Penyiaran Negeri Kelantan iaitu Puan Noriani Binti Idris. Majlis penganugerahan ini diberikan kepada pelajar-pelajar ini bersempena dengan sumbang bakti mereka kerana telah menyumbangkan idea serta telah membentangkan hasil idea tersebut dalam menganalisis segmen Ceria Pagi Kelantanfm. Sesi Perbentangan ini telah dihadiri oleh Pengarah Penyiaran Negeri Kelantan itu sendiri bersama dengan Ketua Bahagian Rancangan, Encik Khairul Nizam serta penyampai-penyampai radio dalam segmen Ceria Pagi.

Ahmad Faiz Hakimi Bin Yusoff tersenyum selesa setelah memperoleh Anugerah Pelatih Cemerlang. 

Siti NorHamizah Binti Husin adalah salah seorang pelajar iKOM yang mendapat anugerah. 

Siti Nur Amirah Binti Syed Abdul Malik, ketika menerima Anugerah Pelatih terbaik. 

 

iKOM Bersamamu

Pada 20 November 2016, beberapa orang sukarelawan mahasiswa bersama-sama Kelab Nadi Perlia telah turut serta dalam menjayakan slot Bersamamu TV3 bagi episod 42 yang bakal ditayangkan pada 20 Disember 2016. Program Bersamamu Episod 42 ini bertempat di Padang Serai, Kedah yang melibatkan keluarga Puan Salmah binti Hashim. 

 

Puan Salmiah merupakan seorang pesakit kanser usus tahap 4 sejak 2 tahun lalu. Suaminya bekerja sebagai pemandu lori dengan pendapatan RM1200 sebulan. Puan Salmiah mempunyai 4 orang anak yang berusia antara 18-6 tahun yang masing-masing masih di alam persekolahan. Puan Salmiah kini terlantar. Dahulunya Puan Salmiah bekerja untuk menyara keluarga. Tetapi, sejak sakit, hanya suami yang mampu keluar untuk mencari nafkah. Perubatan bagi merawat penyakit ini memerlukan kadar kewangan Puan Salmiah sangat tinggi. Kini dia memerlukan sebuah katil khas kerana dia tidak lagi mampu bergerak. Dia juga memerlukan bantuan untuk membeli barangan perubatan kerana pada waktu sekarang, semuanya dikitar semula. 

 

Oleh itu beberapa agensi kerajaan dan bukan kerajaan telah bekerjasama bagi membantu meringankan beban Puan Salmiah sekeluarga. Antara salah satu agensi yang terlibat dalam slot ini ialah Kelab Nadi Perlis bersama-sama dengan beberapa orang sukarelawan mahasiswa universiti di Perlis bagi membantu dan juga memahami sedikit sebanyak liku-liku kehidupan keluarga Puan Salmiah.

 

 

Kembara iKOM

 

On 16th and 17th November 2016, an industrial visit were held for  new media communications students. The given name this program is Kembara iKOM. A total of 42 students were involved. The tour take for about 2 hours, held at Sri Pentas Utama Media Prima Berhad, it gives students the opportunity to see for themselves the industrial process , especially in areas related to communication and new media. Students feel it is a significant program and hope to have this kind of program again.

 

Kembara iKOM

Gambar kenangan bersama pelajar baharu DIPLOMA sem 1-2016/2017 setelah tamat sesi ujibakat.

Ujibakat bersama pelajar kejuruteraan metalurgi. (Kiri-Yeo, Lisa & Danish).

 

Sesi Pendaftaran Pelajar, Penyampai (DJ) Radio

 

Tarikh : 3 JUN 2016 (JUMAAT)/ Date : 3rd June 2016 (Friday)

 

Venue:Tempat : Ind-E-Zone Area, Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Pauh Putra.

                Objective: Objektif :

About 23 students attends the audition to be a new DJ at UniMAP FM. This audition conducted by Tengku Fadli Hamzah, Assistant ....... at Radio Campus UniMAP FM.

Sesi Ujibakat Penyampai Radio (DJ)  Baharu di Radio Kampus UniMAPfm bersama pelajar DIPLOMA sem 1 – sesi 2016/2017. Seramai 23 org pelajar hadir pada sesi ujibakat pada pagi jumaat. Kesungguhan serta keyakinan pelajar melancarkan lagi proses ujibakat yang di selia oleh Tengku Fadli Hamzah merupakan Penolong Pegawai Penerbitan di Radio Kampus UniMAPfm.

 

 

Go to top