We have 5 guests and no members online

 

 

 

 

 

Professor Madya Dr. Hj Huzili Hussin, Dekan Pusat Pengajian Pembangunan Insan dan Teknokomunikasi (iKOM) berpendapat bahawa Program Titian Kasih Mega 2018  yang berlangsung di setiap sekolah menengah kawasan Parlimen Arau adalah relevan dan mampu memberikan keberkesanan kepada para pelajar.

Menurut Professor Madya Dr. Huzili, rangkuman jenis-jenis taklimat seperti kesihatan, bencana alam, jenayah, agama dan teknologi adalah menepati sasaran program.

“Revolusi Industri 4.0 (RI 4.0) lebih kepada media dan media sendiri memerlukan medium untuk penyampaian kepada audiens. iKOM merupakan satu-satunya pusat pengajian di UniMAP dan institusi pengajian tinggi di Perlis yang memperkenalkan pengajian media baharu sekaligus menjadikan iKOM sebagai pelopor dalam bidang ini”, kata Professor Madya Dr.Huzili.

Menurut Professor Madya Dr. Huzili juga, pendekatan berbeza digunakan dalam penyampaian maklumat tentang RI 4.0 supaya objektif utama mengenai perubahan dalam teknologi pada masa kini dapat diterima oleh para pelajar.

“Apabila berlaku ledakan maklumat bermakna terdapat maklumat positif dan negatif yang harus dikenalpasti oleh para pelajar dan perlu sentiasa bersedia untuk perubahan tersebut”, tambah beliau lagi yang baru selesai menyampaikan taklimat dalam siri kedua jelajah program Titian Kasih Mega 2018 di SMK Arau dan MRSM Arau pada 7 Mac lalu.

 

Oleh Nadia Farhani Mohd Yusof

Go to top