We have 4 guests and no members online

Disediakan oleh : Ahmad Faiz Hakimi Bin Yusoff

14 OGOS 2017: Tiga orang pelajar IKOM dari Universiti Malaysia Perlis iaitu Ahmad Faiz Hakimi Bin Yusoff, Siti NorHamizah Binti Husin dan Siti Nur Amirah Binti Syed Abdul Malik yang sedang menjalani Latihan Industri di Jabatan Penyiaran Negeri Kelantan (RTM Kelantan) bersama dua lagi pelajar dari universiti lain telah menerima Anugerah Pelatih Cemerlang. Anugerah ini telah disampaikan sendiri oleh Pengarah Penyiaran Negeri Kelantan iaitu Puan Noriani Binti Idris. Majlis penganugerahan ini diberikan kepada pelajar-pelajar ini bersempena dengan sumbang bakti mereka kerana telah menyumbangkan idea serta telah membentangkan hasil idea tersebut dalam menganalisis segmen Ceria Pagi Kelantanfm. Sesi Perbentangan ini telah dihadiri oleh Pengarah Penyiaran Negeri Kelantan itu sendiri bersama dengan Ketua Bahagian Rancangan, Encik Khairul Nizam serta penyampai-penyampai radio dalam segmen Ceria Pagi.

Ahmad Faiz Hakimi Bin Yusoff tersenyum selesa setelah memperoleh Anugerah Pelatih Cemerlang. 

Siti NorHamizah Binti Husin adalah salah seorang pelajar iKOM yang mendapat anugerah. 

Siti Nur Amirah Binti Syed Abdul Malik, ketika menerima Anugerah Pelatih terbaik. 

Go to top