We have 3 guests and no members online

Aida Filzah, gadis cerdik yang berusia 22 tahun telah berjaya menempa nama untuk anugerah buku seterusnya mengharumkan nama iKOM.  

ketamakan beliau dalam menimba ilmu  untuk meneruskan langkah mengejar impiannya  dapat dibuktikan dengan pencapaian beliau dalam  Anugerah Dekan Semester 1 hingga 6, Anugerah Gemilang Siswa, Anugerah Khas Akademik Ikom, Anugerah Pelajaran Industri Kumpulan Media Karangkraf dan Anugerah AYIFF 2018 - The Best Public Services Announcement.

Kebanggaan dalam keputusan yang cemerlang beliau dikongsi bersama ibu dan ayah tercinta. " Saya sendiri bukannya lahir daripada sekolah yang hebat dan waktu keputusan SPM tidaklah tinggi mana. Tapi berkat doa ibu ayah keluarga saya yang banyak berkorban untuk saya, alhamdulillah Allah kurniakan kejayaan ini. Ibu ayah saya berharap saya akan terus menimba ilmu dan jadikan kejayaan ni mendorong semangat di hari-hari kedepan.

Kata-kata azimat yang saya tidak pernah lupa adalah daripada ayah saya " Ayah tak ada harta yang banyak, jadi ayah hantar adik untuk menimba ilmu sebab ilmu sahaja yang akan kekal sampai bila-bila". Kata-kata ini yang membuat saya struggle sampai sekarang."

Kegembiraan dan kesyukuran dirasai beliau kerana baginya , tidak pernah terfikir menamatkan ijazah ini dengan kelas pertama. Malah beliau ada mengatakan bahawa kejayaan ini bukan tiket untuk beliau mendabik dada, masih jauh perjalanannya dalam bidang akademik ini. Banyak lagi yang perlu digapai. Doakan beliau terus rajin menimba ilmu di bumi Allah yang luas ini. Amiin.

Tidak lupa juga pesanan dan tips ringkas ditujukan kepada juniornya yang lain di iKOM antaranya adalah " Belajar lah. Walaupun bunyinya cliche tapi percaya bila anda berjaya anda akan melihat wajah ibu ayah anda tersenyum bahagia. Saat itu, Tuhan sahaja tahu bagai mana perasaannya. Hormati pensyarah anda walaupun anda terasa hati. Mereka yang menabur ilmu kepada anda.  Terus membawa nama iKOM ke peringkat yang lebih baik. Mungkin saya boleh kongsikan sedikit dengan semua apa yang saya buat selama saya menuntut di UniMAP. Betulkan niat. Jika niat dah salah, maka penghujungnya nanti pasti terpesong. Niat belajar kerana Allah, dan mahu balas jasa ibu dan ayah kita. Setiap perkara perlukan usaha. Niat perlu diselarikan dengan usaha. Selepas itu tawakal. Namun, dalam tawakal juga perlukan usaha. Usaha yang bagaimana? Usaha berdoa pada Allah. Semoga Allah pandang kita dan berikan kita kejayaan. Jangan pernah ambil sambil lewa 3 perkara iaitu midterm, assignment dan kehadiran. Walaupun markahnya sedikit, namun sangat membantu semasa final nanti. Jumpa lecturer bincang apa yang tak faham dan consult assignment. Jangan ikut kawan. Kawan kadang menjadi penawar, kadang menjadi racun. Pilih kawan yang baik agar menjadi pendorong kita untuk belajar.  Kawal emosi diri. Setiap manusia ada masalah tersendiri. Yakin dan percaya Allah tidak beri kita ujian jika kita tak mampu. Kawal emosi, dan teruskan belajar. Jangan abaikan pelajaran walaupun kita dalam keadaan stress sekali pun. Kena bijak kawal emosi."

 

Begitulah nasihat ikhlas daripada penerima anugerah buku.

Go to top