We have 7 guests and no members online

Take a peek!

                     

                              

                       

Majlis Santapan Tengah Hari DYMM Tuanku Raja Perlis 2018

Pada 17 Julai 2018 yang lalu, Majlis Santapan Tengah Hari telah diadakan di Dewan 2020 bagi meraikan Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni AlMarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail yang ke-75.

Pihak Pusat Pengajian Pembangunan Insan dan Teknokomunikasi (iKOM) terlibat untuk menjayakan majlis santapan ini sebagai Ahli Jawatankuasa Keceriaan dan Hiasan. Para staf yang dilantik bertangungjawab untuk menyediakan bahan digital seperti video, hologram dan project mapping. Bahan-bahan digital tersebut juga telah diuji terlebih dahulu pada 15 Julai 2018 sewaktu sesi raptai bagi memastikan ianya tidak mengalami sebarang kesulitan pada hari kejadian. Tugas penyediaan bahan-bahan tersebut diketuai oleh Encik Ameer Fuhaili, Encik Mohd Erpi dan Tengku Kastriafuddin Shah.

Disediakan oleh: Nurul Fazriza Fasya binti Ahmad Jalaludin

Go to top