We have 10 guests and no members online

Take a peek!

PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2 SIDANG AKADEMIK 2017/2018

Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Semester Kedua Sidang Akademik 2017/2018 bagi pelajar program Ijazah Sarjana Muda akan dikeluarkan secara atas talian pada 18 Julai 2018 bermula dari jam 9 pagi.

Para pelajar boleh mendapatkan keputusan masing-masing melalui pautan Online Student Information (OSI) ynag terdapat pada Single Sign-On di dalam Portal Pelajar atau dilayari terus ke laman sesawang Online Student Information iaitu http://osi.unimap.edu.my atau melalui aplikasi mobile UniMAP Student News Feed.

Takut? Resah? Gelisah? Jangan bimbang kami dari pihak UniMAP khususnya Pusat Pengajian Pembangunan Insan dan Teknokomunikasi (iKOM) sentiasa mendoakan kejayaan anda semua.

Akhir sekali, kepada pelajar tahun akhir, anda dinasihatkan untuk mencetak slip keputusan peperiksaan setiap semester sebelum status anda dikemaskini sebagai tamat pengajian. Semoga berjaya.

Disediakan oleh: Nurul Fazriza Fasya binti Ahmad Jalaludin

Go to top