We have 20 guests and no members online

Take a peek!

   


               

                  

                 

               

                 

                

         

    

    

JAMUAN HARI RAYA 2018 & KENDURI KESYUKURAN iKOM

Jamuan Hari Raya 2018 dan Kenduri Kesyukuran iKOM telah diadakan pada 10 Julai 2018 di perkarangan Kafe Kompleks Pusat Pengajian UniMAP (Blok B). Majlis ini dihadiri oleh Dekan iKOM, Prof. Madya Dr. Huzili Hussin, para pensyarah, staf pentadbiran, dan beberapa jemputan luar. Majlis ini bertujuan untuk meraikan bulan Syawal Al-Mubarak 1439H dan meraikan kejayaan iKOM mendapatkan akreditasi MQA. Pelbagai juadah yang disediakan seperti kambing golek, nasi ayam, lontong, sate, bihun sup, kek, kuih raya, durian, rambutan serta ketupat dan rendang. Malah, sudut karaoke turut disediakan kepada tetamu yang ingin menghiburkan para jemputan. Jamuan ini dilihat dapat mengeratkan silaturahim staf iKOM dan juga jemputan luar yang lain.

Disediakan oleh: Nurul Fazriza Fasya binti Ahmad Jalaludin

 

 

Go to top