We have 2 guests and no members online

Take a peek!

            

          

 

BENGKEL PEMANTAPAN STAF AKADEMIK iKOM 2018

Bengkel Pemantapan Staf Akademik iKOM telah diadakan pada 10 Julai 2018 di Bilik Seminar iKOM. Bengkel ini telah dihadiri oleh ahli akademik iKOM. Bengkel ini juga diserikan lagi dengan kehadiran penceramah jemputan iaitu Prof. Dr. Amran Ahmed dari Institut Matematik Kejuruteraan UniMAP. Tujuan pelaksanaan bengkel pemantapan ini adalah untuk menambahbaik dan memantapkan hala tuju staf akademik iKOM secara amnya. Antara pengisian bengkel ini adalah berkaitan Pemantapan Akademik dan Pemantapan Penyelidikan. Pemantapan Akademik melibatkan capaian KPI dan peranan ahli akademik serta pembangunan staf akademik. Pemantapan Penyelidikan pula adalah perbincangan dan pembentangan data pencapaian penerbitan dan penyelidikan pusat pengajian dan staf secara individu.  Seiringan itu, bengkel ini diharap dapat membantu hala tuju staf dan pusat pengajian secara keseluruhannya bagi tahun 2018 dan 2019 akan datang.

Disediakan oleh: Nurul Fazriza Fasya binti Ahmad Jalaludin

Go to top