We have 13 guests and no members online

Take a peek!

Hari Raya 2018
MAJLIS RIANG RAYA UniMAP 2018
Majlis Riang Raya UniMAP 2018 telah diadakan di Dewan Ilmu Kampus Utama UniMAP Pauh pada 2 Julai 2018 yang lalu. Majlis ini dihadiri oleh Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Canselor UniMAP, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Yang Berbahagia Naib Canselor UniMAP, Dato' Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, ketua-ketua jabatan, staf-staf dan para pelajar. Majlis ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim di antara staf UniMAP di samping berkongsi kegembiraan bulan kebesaran Islam yakni Syawal. Terdapat pelbagai jenis juadah yang menyelerakan disediakan sepanjang majlis berlangsung iaitu sate, kambing golek, nasi tomato, laksa, kebab, kueteow goreng serta ketupat dan rendang. Bukan itu sahaja, terdapat pelbagai aktiviti dijalankan bagi memeriahkan lagi majlis tersebut iaitu di antaranya adalah pertandingan membuat kek, pertandingan karaoke antara PPK dan pertandingan gerai makanan tercantik.
Disediakan oleh : Nurul Fazriza Fasya binti Ahmad Jalaludin
Go to top